Sunday 14 October 2012

Bahagian A ( BM Penulisan )

Kertas Soalan BM ( Penulisan )
BAHAGIAN A
 Arahan :
1. Lihat gambar dengan teliti.
2. Tuliskan nama watak dan aktiviti ( kata kerja ) yang terdapat dalam gambar.
3. Tulis lima ayat yang gramatis.
4. Ayat yang baik dan gramatis perlu mengandungi kata kerja, kata keterangan , kata arah , kata sendi atau
    kata hubung yang sesuai.
5. Jangan mulakan ayat kamu dengan perkataan " Ada atau Terdapat . . . . . . "
    Contoh : a) Ada seorang budak perempuan sedang membaca buku di bawah pokok.
  
                  b) Terdapat tiga orang murid sedang membuat uji kaji di makmal sains.
6. Jangan tulis nombor tetepi tulislah perkataan.
    Contoh : a) 5 orang budak lelaki sedang bermain layang-layang. ( salah )

                  b) Lima orang budak lelaki sedang bermain layang-layang. ( betul )
7. Jangan tulis masa dalam ayat anda.
    Contoh : a) Pada hari Ahad yang lalu, Ah Seng dan kawan-kawannya berkelah di tepi pantai.

                  b) Encik Lim suka berjoging di taman rekreasi pada waktu petang.

8. Semak semula ayat yang kamu tulis,

1 comment:

  1. Panduan ini amat penting kepada murid-murid semasa menjawab bahagian A.

    ReplyDelete