Monday 15 October 2012

Bina Ayat

Panduan perkataan-perkataan yang boleh digunakan dalam Bahagian A

1. meletak
2. memasukkan
3. memaku - --- penukul
4. menggergaji ---- gergaji
5. mengetam ---- ketam
6. mengecat --- gambar / lukisan / mural /
7. membancuh - minuman / simen
8. memotong ---- sayur / rumput
9. menyiang ---- ikan
10. sibuk memasak
11. makan / menikmati
12. minum
13. menyusun pinggan mangkuk
14. duduk
15. menjahit
16. bersorak - sorai
17. bertepuk tangan
18. mencedok ---- air / nasi
19. membayar ---- kaunter pembayaran
20. menghulurkan
21. menatang
22. menjunjung
23. menjulang
24. menjinjing
25. mengandar
26. memikul
27. menggalas
28. membonceng ---- basikal / motosikal
29. mengayuh ---- basikal
30. dengan
31. menggunakan ---- untuk
32. mengadili
33. membuat batas
34. mencangkul tanah
35. memetik sayur
36. membubuh baja
37. menggali lubang
38. menonton televisyen

Sunday 14 October 2012

Bahagian C ( BM Penulisan )

Kertas Soalan BM ( Penulisan )
Bahagian C

1. Baca petikan yang diberi dengan teliti.
2. Garis ayat-ayat yang mengandungi nilai murni.
3. Tuliskan nilai murni di atas ayat yang digaris.
4. Pilih empat nilai murni yang kamu pandai membuat huraian.
5. Tuliskan empat nilai murni itu dan huraikannya dalam satu perenggan.
6. Panjang petikan kamu lingkungan 40 - 50 patah perkataan.
7. Semak semula petikan yang kamu tulis.

Bahagian B ( BM Penulisan )

Kertas Soalan BM ( Penulisan )
Bahagian B
1. Baca kesemua tajuk karangan terlebih dahulu.
2. Pilih tajuk yang paling mudah bagi anda.
3. Garis kata kunci.
4. Senaraikan isi-isi terlebih dahulu.
5. Setelah selesai tulis , semak semula karangan anda.
6. Cari kesalahan tanda baca , ejaan , atau imbuhan.

Bahagian A ( BM Penulisan )

Kertas Soalan BM ( Penulisan )
BAHAGIAN A
 Arahan :
1. Lihat gambar dengan teliti.
2. Tuliskan nama watak dan aktiviti ( kata kerja ) yang terdapat dalam gambar.
3. Tulis lima ayat yang gramatis.
4. Ayat yang baik dan gramatis perlu mengandungi kata kerja, kata keterangan , kata arah , kata sendi atau
    kata hubung yang sesuai.
5. Jangan mulakan ayat kamu dengan perkataan " Ada atau Terdapat . . . . . . "
    Contoh : a) Ada seorang budak perempuan sedang membaca buku di bawah pokok.
  
                  b) Terdapat tiga orang murid sedang membuat uji kaji di makmal sains.
6. Jangan tulis nombor tetepi tulislah perkataan.
    Contoh : a) 5 orang budak lelaki sedang bermain layang-layang. ( salah )

                  b) Lima orang budak lelaki sedang bermain layang-layang. ( betul )
7. Jangan tulis masa dalam ayat anda.
    Contoh : a) Pada hari Ahad yang lalu, Ah Seng dan kawan-kawannya berkelah di tepi pantai.

                  b) Encik Lim suka berjoging di taman rekreasi pada waktu petang.

8. Semak semula ayat yang kamu tulis,